Bercerita tentang politik negara mengikut naluri dan kata hati sendiri.

Saturday, March 28, 2009

UMNO KINI BERUBAH


Allahamdulilah kerana Persidangan UMNO yang ke 59 telah pun selesai dijalanakn dengan penuh displin dan tertib. Ini merupakan langkah pertama untuk UMNO bermula dengan tamatnya persidangan kali ini kerana ianya dipimpin oleh mereka-mereka yang berintegriti serta berwawasan untruk melakukan perubahan kepada UMNO supaya ianya dapat diterima oleh bangsa melayu dan bangsa-bangsa lain.

Jelas sekali mesej Presiden yang baru bahawa UMNO akan melakukan perubahan bagi mengukuhkan parti keramat UMNO. Melakukan beberapa perubahan dalam perlembagaan selaras dengan kehendak akar umbi dan untuk lebih telus dan berintegriti di masa depan.

Presiden UMNO juga meminta kita diperingkat akar umbi supaya melakukan perubahan juga dengan mendekati rakyat kerana denyutan rakyat telah kuat berbunyi dan sekiranya kita gagala dalam melaksanakannya maka jangan kita kesalkan sekiranya pilihanraya ke 13 kita tewas skali lagi.

Marilah kita menghayati 4 ciri yang telah dimaklumkan oleh Presiden baru Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak iaitu :

BERSETIA
BERINTEGRITI
BERKEBOLEHAN
BERDEDIKASI

Satu kejutan telah berlaku dalam perhimpunan kali ini di mana tokoh negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad telah hadir dalan perhimpunan kali ini dan memaklumkan bahawa beliau akan kembali ke UMNO dalam masa terdekat ini. Dengan kehadiran beliau ini menunjukkan bahawa beliau mengendoskan pemilihan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Presiden ke 7 dan Tan Sri Mahyudin Yassin debagai Timbalan Presiden UMNO yang baru. Kehadiran Tun membawa sinar yang baru kepada UMNO dan jugak impak yang besar bagi menuju perubahan UMNO pada masa hadapan.


Sudah tentu dengan kehadiran Tun ini membuatkan petualang-petualang bangsa tidak boleh lagi bernafas. Mereka akan melihat kekuatan UMNO yang luar biasa sekarang ini. Ayuh mari kita bersama-sama menghalang dan menidakan fitnah-fitnah yang dilakukan oleh pembangkang ini.

Thursday, March 26, 2009

PETUALANG BANGSA SUDAH TAK BERNAFAS - Part 2

Sebelum ini Boy ada mengatakan bahawa petualang-petualang bangsa sedang kepanasan dengan keputusan kepimpinan 3 sayap utam dalam UMNO.

Dengan keputusan kepada pemilihan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang baru diumumkan maka petualang-petualang bangsa sudah tidak boleh lagi bernafas kerana UMNO telah dilihat sebagai satu pasukan yang kuat di bawah kepimpinan Presiden baru Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak.
Presiden UMNO

Ianya amat bermakna lagi kerana Timbalan Presiden UMNO yang baru adalah Tan Sri Mahyuddin Yassin bersama 3 Naib Presiden UMNO iaiti Dato Seri Zahid Hamidi, Dato Seri Hishamudin Tun Hussain dan Datuk Seri Shafie Afdal.


Timbalan Presiden UMNO




Dengan dibantu oleh 25 Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang cukup berkelibar dan berintergriti dan sanggup melanyak petualang-petualang bangsa melayu.

Kita mempunyai tugas yang amat berat selepas ini iaitu memenangi hati rakyat terutama bangsa Melayu terutama mereka-mereka yang telah memilih pembangkang. Memenangi 3 pilihan raya kecil pada 7 April 2009 dan akhir sekali merampas kembali negeri-negeri yang telah jatuh ke tangan pembangkang.


Ayuh kepada semua penyokong setia UMNO marilah kita sama-sama bersatu kembali untuk kepentingan Bangsa, Agama dan Negara.
HIDUP MELAYU, HIDUP MELAYU, HIDUP MELAYU
HIDUP UMNO, HIDUP UMNO, HIDUP UMNO

PETUALANG BANGSA SEDANG KEPANASAN - Part 1

Dengan keputusan yang telah diumumkan semalam bagi tiga sayap parti keramat UMNO, petualang bangsa melayu sedang panas seperti cacing kerawit.

Ini disebabkan 3 sayap Parti UMNO telah mempunyai Ketua baru yang mempunyai kaliber, semangat, hala tuju serta kelantangan bila berhadapan dengan petualan-petualang bangsa melayu ini.

Tahniah Boy ucapkan kepada ketiga-tiga Ketua yang baru dipilih ini.


Ayuh mari kita rapatkan barisan dan kita tentang habis-habisan petualang-petualang bangsa melayu sehingga mereka tidak boleh bernafas kembali. Kita mulakan dengan 3 pilihanraya kecil di Parlimen Bukit Gantang, Dewan Undangan Negeri Bukit Selambu dan Batang Ai. Sekiranya kita menang di tiga kawasan ini, maka Boy yakin bahawa petualang-petualang ini sudah mula resah dengan kebangkitan UMNO yang baru.

Ini baru 3 sayap yang mempunyai 3 ketua baru. Kita tunggu keputusan yang bakal menyaksikan satu perubahan yang membawa kebaikan serta keyakinan rakyat terutama kepada orang melayu kepada UMNO.

Boy akan sambung part 2 selepas keputusan Jawatan Ahli Majlis Tertinggi.
HIDUP UMNO - 3X
HIDUP MELAYU -3X

Monday, March 23, 2009

PENDERHAKA SULTAN JADI CALON PRK BUKIT GANTANG


PAS memilih Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin sebagai calonnya untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang pada 07 April 2009.
Sumber : Berita Harian
Ulasan Boy
-Taktik Pas untuk menagih simpati rakyat Perak terutama di Bukit Gantang....
-Penduduk Bukit Gantang harus menolak penderhaka sultan ini.
-Kalau calon penderhaka kalah dalam pilihanraya kecil ini..... beliau akan membuat sidang akhbar di bawah pokok dan akan membawa notis pembatalan kemenangan BN ke mahkamah.

BERMULA EPISOD PEMBERSIHAN DALAM UMNO

Jawatankuasa Pengurusan memutuskan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohamad Norza Zakaria tidak boleh bertanding, dipilih, memilih atau dilantik dalam pemilihan parti yang akan berlangsung Khamis ini.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan didakwa atas tuduhan rasuah di Mahkamah Majistret Temerloh, atas dua tuduhan bagi memenangi jawatan pada pemilihan UMNO peringkat pusat.

Sumber : Umno Online

Ulasan Boy

UMNO sudah mula membuktikan bahawa tiada tempat bagi mereka yang mengamalkan politik wang walaupun belum lagi diputusakan oleh mahkamah.

Datuk Norza lebih mementingkan parti dari peribadi demi untuk survival UMNO akan datang.

Sunday, March 22, 2009

GUAN ENG PENING KEPALA NGAN ADUN PKR

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata biarlah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menjelaskan dakwaan konspirasi dalaman parti itu sehingga menyebabkan Mohammad Fairus Khairuddin meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang.
"Baik tanya Anwar. Saya tidak mahu jelaskan perkara ini kerana ia membabitkan perkara dalaman PKR," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Semalam, Lim mengumumkan peletakan jawatan Mohammad Fairus sebagai Timbalan Ketua Menteri I dan ahli Exco, berkuatkuasa 8 April.
Mengenai sebab peletakan jawatan Mohammad Fairus, Lim juga menyerahkan kepada Mohammad Fairus sendiri untuk menyatakan sebabnya.
"Kita beri ruang kepada Mohammad Fairus untuk menjelaskan sendiri sebab-sebab beliau meletak jawatan," katanya.
Sumber : Berita Harian
Ulasan Boy
Takkan Guan Eng tak tahu cerita tentang Mohammad Fairus punya hal ????
Takkan Guan Eng nak nak menipu rakyat Pulau Pinag, mana perginya polisi C.A.T ????
Cukup-cukup la Guan Eng ....lu punya tipu helah tu ????

TIMBALAN KETUA MENTERI 1 PULAU PINANG LETAK JAWATAN


Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 dan juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), berkuat kuasa 8 April depan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengesahkan menerima surat peletakan jawatan itu daripada Mohamad Fairus melalui faksimili pagi semalam.


Sumber : Berita Harian

Ulasan Boy

Kata mula bercuti, tak sampai 24 jam dah letak jawatan, kenapa ?????
Kalau tak reti nak memperjuangkan bangsa Melayu..... baik berhenti je ????

Friday, March 20, 2009

SIAPA YANG BERKUASA DI PULAU PINANG - GUAN ENG ATAU ANWAR

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata beliau meluluskan permohonan cuti timbalannya, Mohamad Fairus Khairuddin atas permintaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Saya dimaklumkan oleh Anwar bahawa Fairus minta untuk bercuti dan atas permintaan Anwar saya luluskan cuti itu," katanya di sini, hari ini.

Semalam, Lim menafikan desas desus kononnya timbalannya itu sudah dipecat, hari ini menegaskan sekali lagi bahawa buat masa ini beliau tidak bercadang untuk menukar timbalannya.

Sumber : Berita Harian

Ulasan Boy

Kenapa Guan Eng nak dengar kata Anwar Ibrahim pulak ????
Guan Eng takut kepada Anwar Ibrahim ke ????
Atau ada udang disebalik batu ?????

BELUM APA-APA DAH KECOH

Majlis pengumuman calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau, di sini pagi ini, kecoh apabila sekumpulan lelaki dopercayai penyokong Hindraf membantah calon yang diumumkan penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kumpulan itu memekik dengan mendakwa tisak mengenali S Manikumar sebaik namanya diumumkan Anwar.

Sumber : Berita Harian