Bercerita tentang politik negara mengikut naluri dan kata hati sendiri.

Wednesday, April 29, 2009

ADAKAH KITA BERSYUKUR HARI INI

Luaskan minda dan mari sama-sama kita renungkan adakah kita bersyukur berada di Negara ini. Adakah selama 50 tahun lebih selepas merdeka, di bawah pemerintahan BN kita menghadapai kesukaran dalam hidup. Adakah selama ini BN tidak pernah sama sekali melihat kepentingan rakyat. Adakah pemimpin BN selama ini mementingkan diri sendiri dan rakus mengejar kekayaan. Adakah selama in BN lebih mementingkan satu kaum sahaja dalam pemerintahannya. Jawapanya TIDAK.

BN tidak pernah melakukan perkara yang boleh membuatkan rakyat hidup tersepit dan tidak bertamadun. Kita tidak pernah mendengar bahawa rakyat Malaysia tidak bertamadun. Walaupun kita pernah dengar bahawa ada dikalangan rakyat Malaysia yang tergolong dalam golongan miskin tetapi ianya adalah kecil dan kerana itu lah kerajaan BN terus menolong golongan ini supaya mereka tidak ketinggalan di masa akan datang.

Andainya pemimpin BN tidak menghiraukan rakyat, tidak melakukan perubahan, bercakaran sama sendiri, memberikan janji-janji kosong dalam pilihanraya, mementingkan diri sendiri dan keluarga, mengejar kekayaan, mengejar jawatan dan macam-macam lagi yang membolehkan Negara ini mundur maka jangan lah kita marah dan menagis bila satu hari anak-anak kita iaitu harapan bangsa yang bakal mempertahankan kedaulatan Negara , Agama dan Bangsa memaki, meludah dan menyalahkan kita dalam hal ini. Mereka sanggup mengencingkan kubur kita jika mereka hidup dalam kepayahan disebabkan faktor-faktor yang diberikan tadi.

Adakah ini yang kita mahu lihat anak-anak kita pada masa hadapan….anak-anak terpaksa bekerja untuk mencari sesuap nasi bagi diri sendir dan keluarga. Pelajaran ditinggalkan dan dilupakan kerana kemiskinan keluarga..........








Setelah menerima e-mail ini Boy rasa sebak kerana di zaman yang moden ini masih lagi terdapat anak-anak yang berumur 6 tahun sudah mula mencari rezeki.

Fikirkanlah dan renungkanlah bersama-sama.tentang masa depan anak-anak kita. Mungkin gambar yang ditunjukkan diatas bukan berlaku dinegara kita….. tidak mustahil jika satu hari nanti anak-anak atau cucu cicit kita akan jadi begini seandainya kita sibuk mengejar impian dan menjual negara kita kepada petualang-petualang bangsa. Kita harus sedar bahawa BN sahaja yang dapat menjamin kesejatheraan dan kemakmuran rakyat dan Negara.

Sekian

Monday, April 27, 2009

TALQIN DAN KUBUR UNTUK ANWAR & PKR DI PENANTI

Keputusan telah dibuat pagi ini oleh Suruhanjaya Pilihanraya memaklumkan bahawa satu pilihanraya kecil akan diadakan pada 31 Mei 2009. Penamaan calon pada 23 Mei 2009.

Samada Barisan Nasional akan bertanding pada pilihanraya kecil akan terjawab setelah Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN mengadakan perbincangan dengan parti-parti komponen yang lain.

Adalah menjadi kebiasaan kepada BN untuk bertanding dalam setiap pilihanraya kecil. Seandainya pilihanraya kali ini BN tidak meletakkan calon maka ianya akan menjadi satu sejarah bagi Malaysia.

Samada BN nak meletakkan calon atau tidak itu tidak penting. Apa yang penting sekarang ini adalah kita sebagai bangsa melayu yang mempertahankan ketuanan melayu harus berani, bersatu untuk menentang pengkhianat bangsa sendiri. Siapa lagi si pengkhianat bangsa MELAYU kalau bukan Si Anwar durjana dan “kaki belakang hantam”.

Kita harus menghantar mesej kepada si Anwar itu bahawa pilihanraya kecil di Penanti ini merupakan yang terakhir baginya. Kita akan tentang habis-habisan demi bangsa agama dan negara. Jangan sewenang-wenangnya nak mencari populariti dengan mengadakan pilihanraya kecil semata-mata mendapat sokongan rakyat.

Ayuh pengundi-pengundi Penanti terutama melayu yang mempertahankan ketuanan melayu dan agama islam sama-sama MEMTALQINKAN DAN MENGUBURKAN P.K.R yang telah banyak menyusahkan orang melayu sendiri.


Seandainya BN tidak meletakan calon dalam pilihanraya kecil di Penanti, Boy harap semua pengundi-pengundi menyokong hasrat rakan blogger iaitu Saudara GAP untuk bertanding sebagai calon bebas di Penanti.Beliau akan menentang habis-habisan PKR di Penanti. Sila klik
disini

Sekian .

Monday, April 20, 2009

BARISAN NASIONAL DAN PENANTI


Boy tertarik dengan ucapan di Kuantan Pahang pada 18 April 2009 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Razak yang mana menyatakan bahawa MUNGKIN Barisan nasional tidak akan mengambil bahagian atau meletakkan calon di dalam pilihanraya kecil di Penanti. Perdana Menteri sendiri memaklumkan bahawa ianya akan berlaku selepas mendapat pandangan dan nasihat dari parti komponen BN yang lain.

Maka ramai la yang memberi pendapat masing-masing tentang perkara ini terutama di kalangan ahli-ahli UMNO. Perlukah UMNO bertanding dalam pilihanraya kecil kerana ianya merupakan satu mainan politik si barua PKR bagi menjamin kedudukan dan kerakusan mereka dalam hal ini.
Bagi Boy, UMNO (Barisan Nasional) harus terus meletakkan calon bagi menentang calon si barua PKR( kemungkinan besar Dato’ Mohd Zahrain Md Hashim) ini walaupun BN akan merasa sedikit kekalahan disebabkan sentimen yang dimainkan oleh si barua PKR ini. Yang penting kita harus lawan dan terus lawan si barua-barua dalam PKR ini. Selagi kita tidak lawan mereka, mereka akan kata kita pengecut dan takut walaupun hakikatnya kita tahu bahawa tujuan untuk tidak bertanding ialah menyelamatkan wang rakyat dari terus dipergunakan untuk kepentingan politik mereka.

Kalau Barisan Nasional meletakkan calon di Penanti, di harap semua ahli-ahli UMNO dan jugan komponen Barisan Nasional yang lain dalam kawasan Penanti BERSATU PADU dan BERKERJASAMA untuk mengalahkan si calon PKR ini.Kita harus mengambil balik kerusi yang telah kita berikan pada PKR dalam pilihanraya ke 12 selama 12 bulan tanpa ada kemajuan di kawasan tersebut. Kemenangan perlu bagu UMNO (BN) kali ini kerana ianya akan melihatkan bahawa BN telah diterima balik oleh masyarakat.

Sekian.

Thursday, April 16, 2009

STRATEGI DAN TEORI P.K.R DI PENANTI


Kita akan berhadapan lagi dengan pilihanraya kecil dan kali ini adalah dari Pulau Pinang iaitu Penanti. Penanti terletak di kawasan Permatang Pauh yang mana wakil rakyat parlimennya adalah PM Bayangan Pakatan Rakyar yang tak sedar diri.

Ketua Menteri Pulau Pinang – si Guan Eng telah memberi masa selama seminggu kepada Ketua Umum PKR(Parti Kekacauan Rakyat) untuk menamakan calon Timbalan Ketua Menteri 1 tetapi tak ada, yang ada cuma perletakkan jawatan Fairus Khairuddin sebagai ADUN Penanti yang mana kononnya berkata mahu memberi tumpuan kepada pelajaran( ya ke tu atau dah tahu nak kena sumbat dalam empat penjuru).

Kerana itu si Anwar telah mengambil satu keputusan dan memaksa si Fairus untuk meletak jawatan kerana ada teori yang beliau akan pakai semasa pilihanraya nanti yang mana teori dan strategi itu telah diguna pakai sebelum ini. Semua kerja jahat beliau ini dirasakan telah dimaklumkan kepada Ketua Mentri Pulau Pinang – si Guan Eng.

Apa jua si Guan Eng cakap tentang jawatan Timbalan Ketua Mentri I itu mengenai kekecewaan dan kelewatan kepada Ketua Umum hanya sebagai lakonan bagi mendapati simpati rakyat Cina di Pulau Pinang.

Calon yang akan diwakili oleh PKR ini nanti adalah orang kanan serta setia pada si Anwar kerana ia bertujuan untuk memastikan supaya kawasan di Parlimennya ini nanti terus mendapat sumbangan kewangan dari kerajaan negeri. Yang penting adalah WANG untuk dirinya..... masalah rakyat tolak tepi..... matlamat peribadi untuk jadi PM belum tercapai.

Teori yang bakal digunapakai semasa pilihanraya nanti ialah memaklumkan kepada pengundi-pengundi di kawasan Penanti ialah calon yang bakal mewakili PKR ini akan menjadi Timbalan Ketua Menteri 1. Percayalah.........
Kenapa Boy kata demikian kerana disebabkan dua pilihan raya sebelum ini yang diwakili oleh PKR iaitu

1. Permatang Pauh – Datin Seri Wan Azizah disuruh letak jawatan dan
menjadikan si Anwar sebagai calon dan melaungkan kepada rakyat
bahawa dia bakal PM bila memenagi kerusi tersebut tapi sehingga
sekarang masih lagi bermimpi dan tak sedar diri.
2. Bukit Selambau – YB Arumugam pun dipaksa letak jawatan dan
menjadikan Manikumar sebagai calon dan memaklumkan kepada
pengundi jawatan EXCO kerajaan Negeri Kedah menanti sekiranya
menang dan akhirnya dia menang.

Ini semua mainan si Anwar dengan kerjasama PAS dan DAP. Maka pengundi-pengundi akan tentu dan semestinya mengundi untuk PKR. Bagi si Anwar yang penting WANG bukan masalah atau RAKYAT.

Sekian.

Tuesday, April 14, 2009

APA SUDAH JADI ??????? PERAK DAH OK..... TAKKAN TERENGGANU PULAK


Boy terperanjat hari ini kerana membaca satu berita tentang apa yang terjadi di Terengganu. Betul ke apa yang di baca oleh boy ni...... Berita seperti berikut


Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang bermula jam 9.30 pagi tadi menyaksikan lebih 10 kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) kosong. Mereka dipercayai berada di satu lokasi berlainan bagi mengadakan sidang akhbar mengenai ugutan yang diterima mereka berhubung usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Ahmad Said. Bagaimanapun, sidang DUN sedang berjalan seperti biasa


Sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mendakwa mereka memboikot hari kedua persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu selagi tidak mendapat jaminan keselamatan berikutan ugutan bunuh yang diedar menerusi sistem pesanan ringkas (SMS). Adun Ajil, Datuk Rosol Wahid yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri dalam sidang media pagi tadi menjelaskan tiga Adun yang menerima SMS ugutan berkenaan berasa keselamatan mereka terancam jika datang ke persidangan DUN hari ini. "Kita akan hadir hari terakhir sidang dewan esok jika mendapat jaminan keselamatan daripada polis," katanya.

Selain Rosol, dua lagi Adun yang menerima SMS ugutan ialah Adun Permaisuri, Abd Halim Jusoh dan Adun Paka, Zakaria Ariffin. Rosol berkata, mereka menerima SMS yang berbunyi, "baik jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?" daripada nombor telefon mudah alih seorang pegawai kanan kerajaan yang bekerja di pejabat Menteri Besar, Datuk Ahmad Said. Sepuluh Adun yang tidak hadir sidang DUN semalam ialah:
Adun Ajil-Datuk Rosol Wahid (Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri); Datuk Din Adam (Bukit Besi); Alias Abdullah (Alur Limbat); Zawawi Ismail (Kuala Berang); Abd Halim Jusoh (Permaisuri); Ramlan Ali (Jabi); Zakaria @Mohd Ariffin Abdullah (Paka); Muhammad Ramli Nuh (Tepuh); Muhammad Pehimi Yusof (Kota Putera); Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar (Air Putih). Selain 10 Adun berkenaan, Rosol mendakwa tiga lagi Adun BN yang menyokong tindakan mereka tidak hadir sidang dewan hari ini, tetapi tidak bersama mereka dalam sidang media itu.

Sumber : Berita Harian Online

Ulasan Boy

- Buat le yang terbaik wahai Adun-adun BN untuk mengembalikan kepercayaan rakyat.
- Harus di selesaikan dengan segera supaya ianya tidak diambil kesempatan oleh mereka-mereka yang berkepentingan terutama PKR dan PAS.
- Kepada hantu jembalang yang menghantar SMS tu ...hentikan lah, dah tak ada kerja lain ke.
- Ingatlah wahai ADUN BN dengan kata2 Perdana Menteri " Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Monday, April 6, 2009

TIAN CHUA - INI PILIHANRAYA BUKAN PEMILIHAN PARTI !!!!!!!!!

SUNGAI PETANI: Parti pembangkang seharusnya memahami undang-undang pilihan raya negara ini dan tidak membuat tohmahan yang boleh mengelirukan rakyat, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Beliau berkata, dakwaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kononnya SPR melakukan satu kesalahan apabila kertas undi untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau tidak mencetak nombor calon adalah tidak berasas.

"Suka saya ingatkan bahawa kertas undi sejak pilihan raya pertama di negara ini tidak pernah mencetak nombor calon dan kertas undi cuma mempunyai nama calon dan lambang calon," katanya di sini, hari ini.

Mengikut Akta Pilihan Raya 1958, SPR hendaklah mencetak kertas undi yang mempunyai tiga petak iaitu petak untuk nama calon, petak untuk lambang calon dan petak untuk memangkah.

Wan Ahmad berkata, nombor calon yang diberikan kepada calon pilihan raya bertujuan untuk susunan senarai nama dalam kertas undi dan bukannya untuk dicetak dalam kertas undi.

Ketua Penerangan PKR, Tian Chua hari ini mendakwa kertas undi bagi pilihan raya kecil Bukit Selambau mengelirukan kerana SPR tidak mencetak nombor giliran calon yang bertanding.

"Pada kertas pengundian kali ini tidak dicetak sekali nombor calon dan perkara ini tidak konsisten seperti pilihan raya yang diadakan sebelum ini. Ini akan mengelirukan pengundi," dakwanya.

Beliau berkata, parti itu akan mengambil tindakan untuk membawa perkara itu ke mahkamah jika nombor calon tidak dicetak.

Pilihan raya DUN Bukit Selambau akan menyaksikan pertandingan 15 penjuru dengan 13 calon Bebas serta seorang calon masing-masing daripada Barisan Nasional (BN) dan PKR. - Bernama

Sumber dari : Berita Harian

Ulasan Boy

- Tian Chua ni dah berapa kali mengundi...... itu pun tak tahu ke......!!!!!!!
- Mana ada No Calon ..... Pemilihan Parti adalah........ bodoh !!!!!!
- Tu la banyak sangat buat fitnah sampai benda macam ni pun tak reti2 lagi......
- Dah mengaku kalah ke di Bukit Selambau sampai kluarkan statement macam ni.......

PAS ADA DUA ULAMAK BARU







Boy amat kecewa dengan sikap orang-orang PAS kerana membiarkan orang-orang China DAP mempermainkan Al Quran dalam setiap ucapan mereka. Adakah ini telah mendapat lampau hijau dari orang-orang Pas terutama Presiden PAS - Haji Hadi dan Musyidul PAS - Tok Guru Nik Aziz.

Apa dah jadi dengan orang-orang Melayu yang mana sekiranya dia orang kafir DAP ini -Nga dan Ngeh menggunakan AL Quran mereka begitu kagum. Adakah sebutan dua Ulamak ini betul.

Mufti Perak sendiri mengatakan bahawa adakah kita harus mempercayai dua orang kafir ini sedangakan mereka tidak beriman kepada Al Quran.

Sekiranya ianya tidak dibendung sekarang ...... jangan le kita marah apabila ianya sudah menjadi tradisi DAP menggunakan Al - Quran bagi setiap ceramahnya dalam politik kerana ianya di HALALKAN oleh Ulama-ulama PAS.

Sekian