
Allahamdulilah kerana Persidangan UMNO yang ke 59 telah pun selesai dijalanakn dengan penuh displin dan tertib. Ini merupakan langkah pertama untuk UMNO bermula dengan tamatnya persidangan kali ini kerana ianya dipimpin oleh mereka-mereka yang berintegriti serta berwawasan untruk melakukan perubahan kepada UMNO supaya ianya dapat diterima oleh bangsa melayu dan bangsa-bangsa lain.
Jelas sekali mesej Presiden yang baru bahawa UMNO akan melakukan perubahan bagi mengukuhkan parti keramat UMNO. Melakukan beberapa perubahan dalam perlembagaan selaras dengan kehendak akar umbi dan untuk lebih telus dan berintegriti di masa depan.
Presiden UMNO juga meminta kita diperingkat akar umbi supaya melakukan perubahan juga dengan mendekati rakyat kerana denyutan rakyat telah kuat berbunyi dan sekiranya kita gagala dalam melaksanakannya maka jangan kita kesalkan sekiranya pilihanraya ke 13 kita tewas skali lagi.
Marilah kita menghayati 4 ciri yang telah dimaklumkan oleh Presiden baru Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak iaitu :
BERSETIA
BERINTEGRITI
BERKEBOLEHAN
BERDEDIKASI
Satu kejutan telah berlaku dalam perhimpunan kali ini di mana tokoh negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad telah hadir dalan perhimpunan kali ini dan memaklumkan bahawa beliau akan kembali ke UMNO dalam masa terdekat ini. Dengan kehadiran beliau ini menunjukkan bahawa beliau mengendoskan pemilihan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Presiden ke 7 dan Tan Sri Mahyudin Yassin debagai Timbalan Presiden UMNO yang baru. Kehadiran Tun membawa sinar yang baru kepada UMNO dan jugak impak yang besar bagi menuju perubahan UMNO pada masa hadapan.

Sudah tentu dengan kehadiran Tun ini membuatkan petualang-petualang bangsa tidak boleh lagi bernafas. Mereka akan melihat kekuatan UMNO yang luar biasa sekarang ini. Ayuh mari kita bersama-sama menghalang dan menidakan fitnah-fitnah yang dilakukan oleh pembangkang ini.