Bercerita tentang politik negara mengikut naluri dan kata hati sendiri.

Thursday, March 26, 2009

PETUALANG BANGSA SEDANG KEPANASAN - Part 1

Dengan keputusan yang telah diumumkan semalam bagi tiga sayap parti keramat UMNO, petualang bangsa melayu sedang panas seperti cacing kerawit.

Ini disebabkan 3 sayap Parti UMNO telah mempunyai Ketua baru yang mempunyai kaliber, semangat, hala tuju serta kelantangan bila berhadapan dengan petualan-petualang bangsa melayu ini.

Tahniah Boy ucapkan kepada ketiga-tiga Ketua yang baru dipilih ini.


Ayuh mari kita rapatkan barisan dan kita tentang habis-habisan petualang-petualang bangsa melayu sehingga mereka tidak boleh bernafas kembali. Kita mulakan dengan 3 pilihanraya kecil di Parlimen Bukit Gantang, Dewan Undangan Negeri Bukit Selambu dan Batang Ai. Sekiranya kita menang di tiga kawasan ini, maka Boy yakin bahawa petualang-petualang ini sudah mula resah dengan kebangkitan UMNO yang baru.

Ini baru 3 sayap yang mempunyai 3 ketua baru. Kita tunggu keputusan yang bakal menyaksikan satu perubahan yang membawa kebaikan serta keyakinan rakyat terutama kepada orang melayu kepada UMNO.

Boy akan sambung part 2 selepas keputusan Jawatan Ahli Majlis Tertinggi.
HIDUP UMNO - 3X
HIDUP MELAYU -3X

1 comment:

  1. KJ ke, Mukhriz ke, Khir ke..yang pasti kita tetap bersatu demi Islam, Melayu dan Negara kita. Walaupun aku agak terkejut KJ naik, dan bayangan rasuah..yang pasti ada hikmah. KJ perlu libas PKR sampai lunyai...

    ReplyDelete