Bercerita tentang politik negara mengikut naluri dan kata hati sendiri.

Friday, March 20, 2009

SIAPA YANG BERKUASA DI PULAU PINANG - GUAN ENG ATAU ANWAR

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata beliau meluluskan permohonan cuti timbalannya, Mohamad Fairus Khairuddin atas permintaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Saya dimaklumkan oleh Anwar bahawa Fairus minta untuk bercuti dan atas permintaan Anwar saya luluskan cuti itu," katanya di sini, hari ini.

Semalam, Lim menafikan desas desus kononnya timbalannya itu sudah dipecat, hari ini menegaskan sekali lagi bahawa buat masa ini beliau tidak bercadang untuk menukar timbalannya.

Sumber : Berita Harian

Ulasan Boy

Kenapa Guan Eng nak dengar kata Anwar Ibrahim pulak ????
Guan Eng takut kepada Anwar Ibrahim ke ????
Atau ada udang disebalik batu ?????

No comments:

Post a Comment