Bercerita tentang politik negara mengikut naluri dan kata hati sendiri.

Monday, April 20, 2009

BARISAN NASIONAL DAN PENANTI


Boy tertarik dengan ucapan di Kuantan Pahang pada 18 April 2009 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Razak yang mana menyatakan bahawa MUNGKIN Barisan nasional tidak akan mengambil bahagian atau meletakkan calon di dalam pilihanraya kecil di Penanti. Perdana Menteri sendiri memaklumkan bahawa ianya akan berlaku selepas mendapat pandangan dan nasihat dari parti komponen BN yang lain.

Maka ramai la yang memberi pendapat masing-masing tentang perkara ini terutama di kalangan ahli-ahli UMNO. Perlukah UMNO bertanding dalam pilihanraya kecil kerana ianya merupakan satu mainan politik si barua PKR bagi menjamin kedudukan dan kerakusan mereka dalam hal ini.
Bagi Boy, UMNO (Barisan Nasional) harus terus meletakkan calon bagi menentang calon si barua PKR( kemungkinan besar Dato’ Mohd Zahrain Md Hashim) ini walaupun BN akan merasa sedikit kekalahan disebabkan sentimen yang dimainkan oleh si barua PKR ini. Yang penting kita harus lawan dan terus lawan si barua-barua dalam PKR ini. Selagi kita tidak lawan mereka, mereka akan kata kita pengecut dan takut walaupun hakikatnya kita tahu bahawa tujuan untuk tidak bertanding ialah menyelamatkan wang rakyat dari terus dipergunakan untuk kepentingan politik mereka.

Kalau Barisan Nasional meletakkan calon di Penanti, di harap semua ahli-ahli UMNO dan jugan komponen Barisan Nasional yang lain dalam kawasan Penanti BERSATU PADU dan BERKERJASAMA untuk mengalahkan si calon PKR ini.Kita harus mengambil balik kerusi yang telah kita berikan pada PKR dalam pilihanraya ke 12 selama 12 bulan tanpa ada kemajuan di kawasan tersebut. Kemenangan perlu bagu UMNO (BN) kali ini kerana ianya akan melihatkan bahawa BN telah diterima balik oleh masyarakat.

Sekian.

1 comment:

  1. pendedahan kaitan anwar,PKR & CIA . Namun walau pun telah banyak kali pendedahan telah di buat,penyokong totok PR masih in denial ,menolak dan mengatakan fitnah.

    Orang Penanti,harus sedar ini lah kelakuan pimpinan agung PR yang harus di tolak,bersekongkol dengan Yahudi CIA,mengadai bangsa & negara.Apa perlunya mendapat bantuan daripada Singapura? ini bukan yang pertama,malah pertemuan sebelum PRU12 turut berlaku di Pulau Pinang,dengan sejumlah besar wang di salurkan oleh CIA & Singapura.

    ReplyDelete