Bercerita tentang politik negara mengikut naluri dan kata hati sendiri.

Wednesday, April 29, 2009

ADAKAH KITA BERSYUKUR HARI INI

Luaskan minda dan mari sama-sama kita renungkan adakah kita bersyukur berada di Negara ini. Adakah selama 50 tahun lebih selepas merdeka, di bawah pemerintahan BN kita menghadapai kesukaran dalam hidup. Adakah selama ini BN tidak pernah sama sekali melihat kepentingan rakyat. Adakah pemimpin BN selama ini mementingkan diri sendiri dan rakus mengejar kekayaan. Adakah selama in BN lebih mementingkan satu kaum sahaja dalam pemerintahannya. Jawapanya TIDAK.

BN tidak pernah melakukan perkara yang boleh membuatkan rakyat hidup tersepit dan tidak bertamadun. Kita tidak pernah mendengar bahawa rakyat Malaysia tidak bertamadun. Walaupun kita pernah dengar bahawa ada dikalangan rakyat Malaysia yang tergolong dalam golongan miskin tetapi ianya adalah kecil dan kerana itu lah kerajaan BN terus menolong golongan ini supaya mereka tidak ketinggalan di masa akan datang.

Andainya pemimpin BN tidak menghiraukan rakyat, tidak melakukan perubahan, bercakaran sama sendiri, memberikan janji-janji kosong dalam pilihanraya, mementingkan diri sendiri dan keluarga, mengejar kekayaan, mengejar jawatan dan macam-macam lagi yang membolehkan Negara ini mundur maka jangan lah kita marah dan menagis bila satu hari anak-anak kita iaitu harapan bangsa yang bakal mempertahankan kedaulatan Negara , Agama dan Bangsa memaki, meludah dan menyalahkan kita dalam hal ini. Mereka sanggup mengencingkan kubur kita jika mereka hidup dalam kepayahan disebabkan faktor-faktor yang diberikan tadi.

Adakah ini yang kita mahu lihat anak-anak kita pada masa hadapan….anak-anak terpaksa bekerja untuk mencari sesuap nasi bagi diri sendir dan keluarga. Pelajaran ditinggalkan dan dilupakan kerana kemiskinan keluarga..........








Setelah menerima e-mail ini Boy rasa sebak kerana di zaman yang moden ini masih lagi terdapat anak-anak yang berumur 6 tahun sudah mula mencari rezeki.

Fikirkanlah dan renungkanlah bersama-sama.tentang masa depan anak-anak kita. Mungkin gambar yang ditunjukkan diatas bukan berlaku dinegara kita….. tidak mustahil jika satu hari nanti anak-anak atau cucu cicit kita akan jadi begini seandainya kita sibuk mengejar impian dan menjual negara kita kepada petualang-petualang bangsa. Kita harus sedar bahawa BN sahaja yang dapat menjamin kesejatheraan dan kemakmuran rakyat dan Negara.

Sekian

1 comment:

  1. Ini lah yg akan berlaku sekiranya melayu hanya pentingkan duit.Buta hati dan buta segalanya. pandai memberi contoh tetapi tapi tak sedar. Orang yang kuat rasuah terus disanjungi. perogol dan pembunuh di dampingi dan di selindungi. Awak tahu kah sekiranya rasuah dapat dibendung ramai yang senang keran haraga barang dapat dikawal. Tapi sekiranya perojek yang berharga satu juta jadi setatus maka harga barang akan naik untuk membiayaai RASUH.

    ReplyDelete