Bercerita tentang politik negara mengikut naluri dan kata hati sendiri.

Tuesday, May 5, 2009

SUDAH KU BILANG…………………….. ANWAR BUAT LAGI

Sumber Gambar dari Blog GAP

Sudah Boy katakan bahawa pilihanraya kecil yang dianjurkan oleh PKR adalah satu usaha si Anwar untuk mencari kewangan, populariti dan kemasyuran. Bukan untuk kepentingan rakyat. Sila klik disini.

Setelah menamakan calon PKR yang bakal bertanding maka si Anwar ini juga memaklumkan bahawa si calon ini bakal Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang. Sandiwara politik si Anwar sama seperti sandiwara pilihanraya di Permatang Pauh dan Bukit Selambau yang diwakili oleh PKR.

Maka pengundi-pengundi di Penanti sudah semestinya akan mengundi calon PKR. Kalau diikutkan ini adalah satu rasuah politik yang dilakukan oleh si Anwar kepada penduduk Penanti. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk kepentingan peribadi bagi menjayakan misi mereka untuk terus duduk di kerusi empuk itu.

Kita akan lihat nanti bermacam-macam helah dan penipuan yang bakal dimainkan oleh PKR dengan mereka cerita bahawa ada pengundi hantu di satu kawasan. Wang ringgit akan ditaburkan kepada mereka yang menyokong PKR. Si Anwar pula akan mengumumkan satu rahsia besar yang dilakukan oleh Kerajaan BN kepada penduduk Penanti sekiranya menang pilihanraya kecil nanti.

PAS Permatang Pauh pulak memainkan gendang ‘bongo’ (kata Datuk Aziz Sattar dalam filem Pendekar Bujang Lapok) dimana ingin meletakkan calon dalam pilihanraya kecil di Penanti. Ini kata mereka permintaan suara akar umbi. Kalau suara akar umbi yang mintak macam tu letak sahaja la calon dari kalangan orang PAS tak payah nak minta izin dengan PAS pusat. Bertanding sebagai calon Bebas. Tapi kena ingat ini semua sandiwara mainan politik si Anwar dan kuncu-kuncunya dalam PAS supaya rakyat akan bersimpati dengan apa yang berlaku kepada PKR.

Kalau pengundi-pengundi Penanti dan jugak rakyat Malaysia tidak sedar dengan sandiwara Anwar…. tunggu le pilihanraya kecil selepas Penanti pada 31 Mei 2009. Pilihanraya kecil akan terus aktif sehingga pilihanraya ke-13 kerana dimainkan oleh PKR untuk kepentingan kewangan, populariti, kemashyuran dan peribadi si kaki liwat Anwar.

Sekian.

No comments:

Post a Comment