Bercerita tentang politik negara mengikut naluri dan kata hati sendiri.

Wednesday, May 13, 2009

POLITIK OH POLITIK…….. HAPUSKAN SI PENGKHIANAT !!!!!!!!!!!!!!!!!!

Kekadang terasa malas nak becerita tentang politik yang melanda Negara kita. Sampai berkata lebih baik aku memberi fokus kepada keluarga dalam keadaan ekonomi sekarang ini. Mencari rezeki adalah lebih penting dari bermain politik. Tapi adakah itu akan dapat memberikan rezeki yang lebih seandainya politik Negara ini terus dikacau domba oleh pengkhianat-pengkhianat Negara. Tetapi setiap kali membaca blog rakan-rakan seperti GAP, ParpuKari, rbf,Panglima Cyber dll. membuatkan diri bersemangat untuk menentang pengkhianat Negara.

Si pengkhianat Negara akan terus memainkan sentimen-sentimen bagi menjayakan misi mereka untuk menjadi popular demi untuk satu pekara iaitu KUASA. Dengan ada kuasa mereka boleh melakukan apa sahaja bagi kepentingan diri sendiri, kawan-kawan seangkatan dan keluarga mereka. Bila diberi maka tentu ada balasannya…… tu kena piker sendiri apa balasan kepada pemegang kuasa itu.

Selepas pilihanraya Mac 2008 sehingga kini masih lagi si pengkhianat-pengkhianat ini terus memainkan gendang politik mereka kepada rakyat supaya mereka-mereka ini dingati, dihormati dan macam-macam lagi. Rakyat harus sedar bahawa gendang politik yang mereka mainkan ini hanyalah untuk kepentingan mereka sendiri. Kita boleh lihat dengan agenda mereka yang mengatakan bahawa mereka akan mengambil alih kuasa pada 16 September kerana telah mempunyai sokongan dari Ahli Parlimen pemerintah. Dicanag satu negara bahawa mereka akan berkuasa pada 16 September. Di kejar Ahli Parlimen ke Taiwan bagi memujuk supaya menyertai mereka tetapi akhirnya gagal.

Kerana kegagalan tersebut dan takut kepada sokongan rakyat( yang menyokong mereka ) mereka mengadakan pilihanraya kecil, memaksa ADUN mereka meletak jawatan atau mencari alasan supaya agenda mereka berjaya. Bagi mereka yang penting rakyat terus menyokong mereka. Memutar belitkan cerita yang benar kepada penyokong mereka. Hanya satu agenda mereka iaitu “BERKUASA”. Selagi mereka tidak berkuasa maka mereka akan terus aktif memainkan gendang politik mereka sehingga Pilihanraya ke 13.

Siapakah pengkhianat-pengkhianat tersebut yang HARUS dan PERLU di kalahkan dan dimatikan politik mereka pada pilihanraya ke 13? Ini lah gambar mereka yang menjadi pengkhianat bangsa, agama dan Negara. Selagi mereka ada selagi tu la Negara akan terus bermain politik.


No comments:

Post a Comment