Bercerita tentang politik negara mengikut naluri dan kata hati sendiri.

Sunday, March 22, 2009

GUAN ENG PENING KEPALA NGAN ADUN PKR

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata biarlah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menjelaskan dakwaan konspirasi dalaman parti itu sehingga menyebabkan Mohammad Fairus Khairuddin meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang.
"Baik tanya Anwar. Saya tidak mahu jelaskan perkara ini kerana ia membabitkan perkara dalaman PKR," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Semalam, Lim mengumumkan peletakan jawatan Mohammad Fairus sebagai Timbalan Ketua Menteri I dan ahli Exco, berkuatkuasa 8 April.
Mengenai sebab peletakan jawatan Mohammad Fairus, Lim juga menyerahkan kepada Mohammad Fairus sendiri untuk menyatakan sebabnya.
"Kita beri ruang kepada Mohammad Fairus untuk menjelaskan sendiri sebab-sebab beliau meletak jawatan," katanya.
Sumber : Berita Harian
Ulasan Boy
Takkan Guan Eng tak tahu cerita tentang Mohammad Fairus punya hal ????
Takkan Guan Eng nak nak menipu rakyat Pulau Pinag, mana perginya polisi C.A.T ????
Cukup-cukup la Guan Eng ....lu punya tipu helah tu ????

1 comment: