Bercerita tentang politik negara mengikut naluri dan kata hati sendiri.

Thursday, March 26, 2009

PETUALANG BANGSA SUDAH TAK BERNAFAS - Part 2

Sebelum ini Boy ada mengatakan bahawa petualang-petualang bangsa sedang kepanasan dengan keputusan kepimpinan 3 sayap utam dalam UMNO.

Dengan keputusan kepada pemilihan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang baru diumumkan maka petualang-petualang bangsa sudah tidak boleh lagi bernafas kerana UMNO telah dilihat sebagai satu pasukan yang kuat di bawah kepimpinan Presiden baru Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak.
Presiden UMNO

Ianya amat bermakna lagi kerana Timbalan Presiden UMNO yang baru adalah Tan Sri Mahyuddin Yassin bersama 3 Naib Presiden UMNO iaiti Dato Seri Zahid Hamidi, Dato Seri Hishamudin Tun Hussain dan Datuk Seri Shafie Afdal.


Timbalan Presiden UMNO




Dengan dibantu oleh 25 Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang cukup berkelibar dan berintergriti dan sanggup melanyak petualang-petualang bangsa melayu.

Kita mempunyai tugas yang amat berat selepas ini iaitu memenangi hati rakyat terutama bangsa Melayu terutama mereka-mereka yang telah memilih pembangkang. Memenangi 3 pilihan raya kecil pada 7 April 2009 dan akhir sekali merampas kembali negeri-negeri yang telah jatuh ke tangan pembangkang.


Ayuh kepada semua penyokong setia UMNO marilah kita sama-sama bersatu kembali untuk kepentingan Bangsa, Agama dan Negara.
HIDUP MELAYU, HIDUP MELAYU, HIDUP MELAYU
HIDUP UMNO, HIDUP UMNO, HIDUP UMNO

1 comment:

  1. Terima Kasih kerana melayari blog kami. Semoga UMO terus kuat dan utuh..

    Hidup UMNO... Hidup Melayu

    IKHLAS DARI,

    UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN
    BAHAGIAN WANGSA MAJU

    p/s Blog anda dalam senarai/link kami

    ReplyDelete