Bercerita tentang politik negara mengikut naluri dan kata hati sendiri.

Tuesday, April 14, 2009

APA SUDAH JADI ??????? PERAK DAH OK..... TAKKAN TERENGGANU PULAK


Boy terperanjat hari ini kerana membaca satu berita tentang apa yang terjadi di Terengganu. Betul ke apa yang di baca oleh boy ni...... Berita seperti berikut


Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang bermula jam 9.30 pagi tadi menyaksikan lebih 10 kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) kosong. Mereka dipercayai berada di satu lokasi berlainan bagi mengadakan sidang akhbar mengenai ugutan yang diterima mereka berhubung usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Ahmad Said. Bagaimanapun, sidang DUN sedang berjalan seperti biasa


Sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mendakwa mereka memboikot hari kedua persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu selagi tidak mendapat jaminan keselamatan berikutan ugutan bunuh yang diedar menerusi sistem pesanan ringkas (SMS). Adun Ajil, Datuk Rosol Wahid yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri dalam sidang media pagi tadi menjelaskan tiga Adun yang menerima SMS ugutan berkenaan berasa keselamatan mereka terancam jika datang ke persidangan DUN hari ini. "Kita akan hadir hari terakhir sidang dewan esok jika mendapat jaminan keselamatan daripada polis," katanya.

Selain Rosol, dua lagi Adun yang menerima SMS ugutan ialah Adun Permaisuri, Abd Halim Jusoh dan Adun Paka, Zakaria Ariffin. Rosol berkata, mereka menerima SMS yang berbunyi, "baik jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?" daripada nombor telefon mudah alih seorang pegawai kanan kerajaan yang bekerja di pejabat Menteri Besar, Datuk Ahmad Said. Sepuluh Adun yang tidak hadir sidang DUN semalam ialah:
Adun Ajil-Datuk Rosol Wahid (Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri); Datuk Din Adam (Bukit Besi); Alias Abdullah (Alur Limbat); Zawawi Ismail (Kuala Berang); Abd Halim Jusoh (Permaisuri); Ramlan Ali (Jabi); Zakaria @Mohd Ariffin Abdullah (Paka); Muhammad Ramli Nuh (Tepuh); Muhammad Pehimi Yusof (Kota Putera); Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar (Air Putih). Selain 10 Adun berkenaan, Rosol mendakwa tiga lagi Adun BN yang menyokong tindakan mereka tidak hadir sidang dewan hari ini, tetapi tidak bersama mereka dalam sidang media itu.

Sumber : Berita Harian Online

Ulasan Boy

- Buat le yang terbaik wahai Adun-adun BN untuk mengembalikan kepercayaan rakyat.
- Harus di selesaikan dengan segera supaya ianya tidak diambil kesempatan oleh mereka-mereka yang berkepentingan terutama PKR dan PAS.
- Kepada hantu jembalang yang menghantar SMS tu ...hentikan lah, dah tak ada kerja lain ke.
- Ingatlah wahai ADUN BN dengan kata2 Perdana Menteri " Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

1 comment: