Bercerita tentang politik negara mengikut naluri dan kata hati sendiri.

Monday, April 6, 2009

TIAN CHUA - INI PILIHANRAYA BUKAN PEMILIHAN PARTI !!!!!!!!!

SUNGAI PETANI: Parti pembangkang seharusnya memahami undang-undang pilihan raya negara ini dan tidak membuat tohmahan yang boleh mengelirukan rakyat, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Beliau berkata, dakwaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kononnya SPR melakukan satu kesalahan apabila kertas undi untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau tidak mencetak nombor calon adalah tidak berasas.

"Suka saya ingatkan bahawa kertas undi sejak pilihan raya pertama di negara ini tidak pernah mencetak nombor calon dan kertas undi cuma mempunyai nama calon dan lambang calon," katanya di sini, hari ini.

Mengikut Akta Pilihan Raya 1958, SPR hendaklah mencetak kertas undi yang mempunyai tiga petak iaitu petak untuk nama calon, petak untuk lambang calon dan petak untuk memangkah.

Wan Ahmad berkata, nombor calon yang diberikan kepada calon pilihan raya bertujuan untuk susunan senarai nama dalam kertas undi dan bukannya untuk dicetak dalam kertas undi.

Ketua Penerangan PKR, Tian Chua hari ini mendakwa kertas undi bagi pilihan raya kecil Bukit Selambau mengelirukan kerana SPR tidak mencetak nombor giliran calon yang bertanding.

"Pada kertas pengundian kali ini tidak dicetak sekali nombor calon dan perkara ini tidak konsisten seperti pilihan raya yang diadakan sebelum ini. Ini akan mengelirukan pengundi," dakwanya.

Beliau berkata, parti itu akan mengambil tindakan untuk membawa perkara itu ke mahkamah jika nombor calon tidak dicetak.

Pilihan raya DUN Bukit Selambau akan menyaksikan pertandingan 15 penjuru dengan 13 calon Bebas serta seorang calon masing-masing daripada Barisan Nasional (BN) dan PKR. - Bernama

Sumber dari : Berita Harian

Ulasan Boy

- Tian Chua ni dah berapa kali mengundi...... itu pun tak tahu ke......!!!!!!!
- Mana ada No Calon ..... Pemilihan Parti adalah........ bodoh !!!!!!
- Tu la banyak sangat buat fitnah sampai benda macam ni pun tak reti2 lagi......
- Dah mengaku kalah ke di Bukit Selambau sampai kluarkan statement macam ni.......

3 comments:

  1. Bodoh punye pemimpin Pakatan Rakyat.

    ReplyDelete
  2. Dia pening sbb dah tak dapat "service" dari Eli Wong.. ROTFLMAO

    ReplyDelete
  3. SALAM ZIARAH BRO

    TIAN CHUA BTUL2 DH X TAHAN SB ASIK KENA TANYE HUBUNGAN DIA DGN ELI OLEH WARTAWAN. TU PSL DIA LALOK SB ASIK INGT KT NASIB ELI SIANG MLM SAMPAIKAN X CAM KETAS UNDI KEHKEHKEH

    ReplyDelete